Sunday, November 9, 2014

KULIT ANAK PUTIH KESAN MINUM SOYA SEMASA HAMIL

Assalamualaikum semua..

Saya nak kongsi pengalaman saya yang satu ini..jeng jeng jeng :-)


Mengandung anak sulung dulu macam-macam saya baca. Sebab terlalu excited..mula la baca segala jenis petua.Masa tu belum ade lagi group-group ibu hamil macam kat FB sekarang ni. Then ramai pulak yang jadi penasihat tak berdaftar untuk saya. Mereka bagi macam-macam petua untuk kehamilan saya pada masa tu.



Salah satu yang saya ikut adalah amalan meminum air soya. Saya yakin ibu-ibu lain juga tahu tentang petua ini. Kata orang kalau kita minum air soya masa mengandung nanti dapat anak kulit putih dan cantik. Saya pun dengan yakin duk turut petua tu. Kononnye disebabkan takut ade bahan pengawet kat air kotak soya yang dibeli di kedai, saya masak sendiri air soya tu. Murah sangat harga kacang soya kalau kita beli..Saya beli di pasar yang dekat dengan ofis saya,,cuma RM 0.80 untuk 100 gram. Boleh dimasak 3 kali tu.3 periuk besar boleh dapat. Dahla takde pengawet..saya boleh sukat kandungan gula nya..jadi memang saya bajet air soya yang saya minum dah cukup baik untuk kandungan saya.



Saya masak soya sendiri


Saya teruja masa tengok my baby for the first time in my life. Betul lah petua itu. Putih melepak kulit anak saya..mulus, gebuss. Nur Irdina Raudhah nama nya. Saya tak sedar amalan meminum soya itu telah membawa akibat yang buruk pada Dina. Saya mula perasan setelah seminggu Dina dilahirkan. Kat bawah leher anak dara saya tu ada bintik2 merah. Saya fikir itu ruam.Kemudian naik pulak satu badan.lebih ketara di pelipat-pelipat anggota badan. Kalau nyamuk hinggap pun dah meninggalkan kesan.Nak baik pun lambat. Kulit Dina jadi terlalu sensitif. Ini disahkan sendiri oleh pakar kulit.



Doktor kata anak saya ada eczima yang kronik. Sedih tau tengok baby meraung-raung bila hari panas. Mungkin sebab badan nye rasa gatal atau pedih.Product baby johnson pun Dina alah..bayangkan lah. Eczema ni puncanya bukanlah sebab pemakanan saya masa mengandung. Tapi doktor kate kulit Dina jd terlalu sensitif dengan persekitarannya..karpet tak boleh, persekitaran berhabuk, nyamuk dan serangga. Doktor tahu saya minum soya..doktor kata saya tak patut amalkan minum soya tu sebab kualiti soya tu tak bagus. Boleh baca entri saya tentang Dina (sudah sembuh setelah amalkan Set Eczema Shaklee, alhamdulillah).Soya murah yang saya minum tu adalah soya yang sudah di ubah genetiknya (GMO). Baru saya tahu makanan dan minuman dalam dunia ni terbahagi pada dua iaitu GMO dan non-GMO.



GMO ni singkatan bagi 'genetically modified organism'  dan non-GMO pula 'non genetically modified organism'. Kebanyakkan makanan yang kita makan di dunia ini malangnya telah tercemar dengan GMO ni. Kenapa mereka nak modified (ubah) gen asal makanan itu?Contohnye ayam..disuntik biar cepat gemuk, Sayuran di beri baja kimia agar daunnya lebih besar. Dalam kes soya ni pun tak terkecuali.Pada tahun 1999 terdapat kajian yang menyatakan amalan meminum soya boleh mengurangkan risiko terkena penyakit jantung. Jadi permintaan soya menjadi sangat tinggi hingga pembekal tak dapat memenuhi permintaan pengguna. Mereka guna pelbagai cara agar tanaman soya mereka lebih cepat membuahkan hasil. Salah satunya baja kimia. Unsur luar ini telah mengubah genetik asal soya tersebut.96% soya yang ada dalam pasaran sekarang adalah soya GMO!!!



Dalam kes saya pula, saya minum soya GMO tu..genetik tidak sihat soya itu telah bonding dengan genetik my baby. Hmmm nampak disitu ye. Punca-punca penyakit adalah dari gen yang tidak sihat. Tu baru soya..makanan lain???Ya Allah..Kesian Dina, kulitnye jadi sangat sensisitif. Masa tu saya belum lagi jumpa dengan Shaklee. Hidup dina dengan krim kulit memang tak dapat dipisahkan. Saya juga terpaksa limitkan waktu dia bermain sebab bila berpeluh kulit Dina boleh jadi melepuh dan berdarah. Saya rasa sangat bersalah sebab giler2 minum soya mase ngandung tu.



Anda di luar sana kalau boleh tolongla elakkan soya GMO ni..kalau nk beli soya non-GMO untuk dimasak sendiri memang ada di pasaran. Tapi jarang2 ada. Jom tengok beza antara kedua-dua jenis soya ini :



GMO Soya bentuk bulat-bulat..non-GMO soya lebih besar dan lonjong..dan lebih mahal.


SOYA TERBAIK DARI SHAKLEE

Saya yang terlewat..terlambat..namun percaya semua ini ada hikmahnya. Shaklee pun ada soya. Tak perlu la bersusah nak masak, buang serdak, tapis.. ESP Shaklee diiktiraf di serata dunia. Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya.



Shaklee sentiasa mengeluarkan produk terbaik dan amat teliti dalam pembuatan produknya. Ia menjalankan kajian klinikal yang paling banyak keatas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. ESP Shaklee hanya diperbuat dari kacang soya non-GMO (kacang soya yang semulajadi, asal, dan tidak diubah secara genetik) dan diproses di bawah suhu rendah bagi mengekalkan khasiatnya. Bayangkan di dalam setiap satu canister ESP Shaklee adalah bersamaan dengan 30 kg kacang soya!!!Ia amat kaya protein dan adalah pemberi tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.KLIK SINI untuk entri saya mengenai ESP.





Hanya semasa mengandungkan anak ke -3 saya baru bertemu Shaklee dan mengamalkan minum ESP sepanjang kehamilan. Kulit anak lelaki saya alhamdulillah takde ruam-ruam.Gigi nyamuk memang ade kesan.Tapi hilang kesannye dalam 3 hari je..sapu pulak krim serbaguna Shaklee herbal Blend..Kulit anak saya bersih, gebu..saya amalkan juga dengan SET KEHAMILAN SHAKLEE. Saya lanjutkan dengan SET BERPANTANG SHAKLEE dan SET MENYUSU SHAKLEE. Ketiga - tiga set ni semua ada ESP di dalamnye. Hasil paling memeranjatkan,,kulit saya yang berabad2 kering tu jadi normal dan sihat. Kulit muka dan wajah tak kusam. Sekali dah try..memang tak cari brand lain dah. Tapi saya betul-betul istiqamah. Boleh mommies semua??JOM DAPATKAN ESP..HANYA RM 150 SATU CANISTER. Setakat ni boleh la makan sampai 3 bulan paling maksimum.



BUAT PILIHAN YANG BIJAK

FREE KONSULTANSI UNTUK PELANGGAN SAYA.

JANGAN SEGAN..ADD WHATSAPP / TELEGRAM SAYA

JULIANA MATSAH
0148222310
1D 1105889



3 comments:

  1. Hai akak pemilik blog ini, saya Rizal ibu saya juga pernah mengamalkan meminum air soya seperti akak tapi kenapa saya dilahirkan dengan kulit berwarna sawo matang berbanding dengan kulit berwarna cerah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bapa kulit cerah tak. Ibu cerah tak. Genetik kan. Bukan boleh ubah kecuali takdir Allah SWT je boleh.

      Delete
  2. Assalamualaikum saudari.. saya pernah mengamalkan susu soya ni sewaktu mengandung anak kedua.. memang betul kata awak.. anak yg lahir kulit nya putih melepak ..tapi anak saya pun mcm anak awak ada ekzema jugak masa baby.. saya siap pergi jumpa pakar kulit bagai.. tukar susu la apa la.. kulit dia mmg sensitif ..lepas tu saya berubat cara tradisional..alhamdulillah skrg anak saya dah sembuh sepenuhnya..

    ReplyDelete