Friday, March 18, 2016

CARA MERAWAT PENAPIS BUAH PINGGANG BOCOR DENGAN SUMBER SEMULAJADI


Anda mungkin salah seorang penghidap penyakit Nephrotic Syndrome (penapis buah pinggang bocor). Mungkin anda mendengar penyakit ini dari rakan-rakan?

Ia penyakit berkaitan buah pinggang. Di dalam buah pinggang kita ada sejenis penapis (glomeruli) yang bersaiz halus. Glomeruli ini berfungsi menghalang albumin (sejenis protein) untuk keluar dari air kencing.

 Di dalam nephrotic syndrome, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.

Apa yang jadi bila badan kehilangan protein? Air dari dalam salur darah akan keluar ke tisu badan menyebabkan berlakunya EDEMA (bengkak air). Hati juga akan menghasilkan lemak yang banyak di dalam salur darah sebagai reaksi kehilangan protein. Kesannya terjadilah HYPERLIPIDEMIA atau lemak berlebihan di dalam darah.

Simptom-simptom kebocoran penapis buah pinggang.
  • Bengkak air atau EDEMA di sekitar muka dan kaki
  • Fizikal perut yang buncit dan kembung
  • Cirit-birit
  • Air kencing yang berbuih seperti teh tarik
  • Badan tidak bermaya

Bagaimana prosedur di hospital ?

1. Anda akan diminta untuk memberi air kencing sebagai sampel untuk mengetahui tahap protein di dalam air kencing tersebut.
2. Darah juga akan di ambil untuk kiraan creatinine atau urea. Sekiranya ia tinggi maka ia menunjukkan fungsi buah pinggang mungkin terganggu.
3. Biopsi - Sedikit sampel tisu buah pinggang diambil untuk menetukan jenis-jenis nephrotic syndrome. Ia penting kerana jika anda berada di tahap 'Minimal Change Nephrotic Syndrome' , peluang sembuh sangat cerah.

Cara-cara Biopsi dilakukan


Jika anda disahkan penghidap Nephrotic Syndrome, rawatan akan diberi mengikut tahap-tahap tertentu. Sumber di bawah saya copy dari blog ini :

  • Pada kebiasaannya, ubat steroid iaitu prednisolone diberikan mengikut berat badan sehingga tiada protein di dalam air kencing. Kemudian, dos ubat ini akan dikurangkan dengan perlahan-lahan.
  • Sekiranya muka dan badan bengkak air sehingga boleh mengancam nyawa, maka diuretics atau ubat kencing akan diberikan mengikut kes-kes dan berhati-hati.
  • Protein Albumin akan dimasukkan ke dalam salur darah untuk meningkatkan albumin di dalam darah dan hanya diberikan kecuali di dalam kes-kes tertentu. Pada kebiasaanya ia tidak diberi.
  • Antibiotic akan diberi sekiranya terdapat jangkitan
  • DIET - Pengambilan garam perlu dikawal. Jangan mengambil garam berlebihan. Pengambilan air juga hendaklah dikawal mengikut kes terutama mengalami bengkak air (Edema) yang teruk. Walaubagaimanapun air tidak perlu dikawal keterlaluan di dalam kes-kes biasa. Pengambilan kalori dan protein yang baik adalah penting untuk pengidap penyakit nephrotic.


BEBAS DARI NEPHROTIC SYNDROME DENGAN KAWALAN PEMAKANAN SECARA NUTRISI.

Ia tidak mengira peringkat umur. Adakah anda perlu duduk diam dan mahu menerima rawatan seumur hidup anda? Tahukah anda salah satu cara terbaik adalah dengan kawalan pemakanan secara nutrisi. Ia semulajadi, bebas dadah dan steroid.

Di Shaklee, suplemen yang membantu masalah penapis buah pinggang bocor atau NEPHROTIC SYNDROME adalah :

VIVIX - Merawat sel yang rosak (penyebab berlakunya penyakit). Ia satu-satunya produk unggul di dunia ini yang merawat dari akar iaitu DNA.
OMEGAGUARD - Membantu mengurangkan keradangan akibat penyakit ini. Ia juga membantu mencairkan lemak yang banyak di dalam darah (akibat pengeluaran protein dari badan) dan mengurangkan risiko kerosakan buah pinggang yang lebih teruk.
ESP dan Mealshake : Membekal dan topup protein yang baik untuk tubuh. Anda perlu faham, ia bukan protein yang biasa. Ia protein yang baik!!

Diantara testimoni sebenar :





Jika anda penghidap Nephrotic Syndrome dan mahu mencuba cara yang selamat secara pengambilan nutrisi, boleh hubungi saya untuk konsultansi premium.

Juliana Matsah
Shaklee Independent Distributor
SMS/CALL/WHATSAPP 0148222310



No comments:

Post a Comment