Saturday, August 22, 2015

PETUA TURUNKAN SUHU BADAN ANAK DEMAM




petua turunkan suhu badan
Entry kali ni saya nak kongsi dengan anda  tentang petua-petua turunkan suhu badan anak yang demam. Semasa menulis entry ini, anak bongsu saya baru sembuh dari demamnya. Kita perlu mengambil tahu serba sedikit persediaan yang perlu dilakukan jika anak demam.

Demam yang tidak terkawal boleh mengakibatkan sawan demam, terutama di kalangan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah. Sebagai penjaga, kita harus peka dengan perubahan suhu badan anak agar demam yang dihadapi tidak memudaratkan diri mereka.


Saya sentiasa bersedia dengan termometer sama ada di rumah mahupun ketika travel ke mana-mana.


petua turunkan suhu badan


Merasa suhu badan dengan telapak tangan tidak mencukupi. Saya kira termometer wajib ada di setiap rumah. Jika suhu sudah melebihi 37 darjah celcius, bawa anak ke klinik berhampiran. Tapi kalau anak tiba-tiba demam tengah-tengah malam, boleh buat langkah awal untuk menurunkan suhu badan.


Asam jawa sangat terkenal dengan kebolehannya menyerap haba. Jadi bolehla sediakan semangkuk air suam. Ramas segenggam paste asam jawa bersama-sama air suam tadi. Lapkan di seluruh badan anak dengan kerap. Periksa suhu badannya setiap jam. Jangan lupa sapu juga di muka dan kepala anak.


Bila hari dah siang, segera bawa anak jumpa doktor. Biasanya doktor akan bagi saya Paracetamol. Ikut waktu yang disarankan doktor, jangan beri ikut sesuka hati. Teruskan periksa suhu badannya secara berkala.





Jika anak- anak anda biasa dengan gel penyerap haba, anda perlu ada stok di rumah. Ia boleh beli di farmasi dan klinik. Anak saya yang bayi menangis bila dipakaikan pelekat gel tersebut. Mungkin rasa kurang selesa. Begitu juga beg ais. Anak-anak saya tidak mahu menggunakannya kerana berasa kurang selesa. 




Sejak saya berkecimpung menjadi pengguna Shaklee, saya tak guna asam jawa lagi. Lebih baik diguna untuk masak. Saya hanya guna cecair pembersih serbaguna Basic H. Sekarang tak comot lagi. Cara guna pun senang..yang penting ianya organik.





Basic H berupaya menyerap haba 3 kali ganda berbanding air. Cara penyediaannya mudah sangat. Saya hanya letak dua titis cecair Basic H ke dalam semangkuk air. Kemudian saya lap badan anak. Saya akan cek suhunya..pasti ada penurunan. Kemudian barulah saya akan beri anak Paracetamol. Setakat hari ini, memang demam anak-anak saya cepat kebah, alhamdulillah.



Memang doktor berpesan, sebelum makan paracetamol, lapkan badan anak dengan air dahulu sehingga suhu badannya menurun. Dengan itu demamnya akan cepat reda. Dengan Basic H jadi lebih pantas. Lagipun Basic H ini selamat untuk bayi hingga dewasa. Dengan 1001 penggunaan, anda takkan rasa rugi.



Jadi anda bolehla menyimpan sebotol Basic H di rumah. Banyak sangat manfaatnya. Ia juga boleh di lap pada badan anak yang terkena Chiken Pox. Chicken Pox nya jadi cepat reda. Dengan harga  RM 46.00.. dan penggunaan sebotol untuk 6 bulan. Berbaloi-baloi..

Shaklee Independent Distributor yang sah : JULIANA BINTI MATSAH
COD within Kuantan area, dan penghantaran keseluruh dunia.
Whatsapp or call me at 0148222310 - 24 HOURS.

Saturday, August 15, 2015

TIPS KAWAL KENCING MANIS SEMASA HAMIL

Diabeties semasa hamil


Kencing manis semasa hamil bukanlah sesuatu yang asing. Dalam bahasa perubatannya di kenali sebagai Diabeties Gestasi. Alhamdulillah, saya tidak pernah mengalaminya untuk ketiga-tiga kandungan. Paras gula sentiasa normal untuk setiap kali pemeriksaan.

Bagi yang belum faham, badan manusia menghasilkan hormon bernama insulin. Tugas insulin mengawal gula dalam badan manusia, di mana gula ini diguna sebagai salah satu sumber tenaga manusia.Insulin juga akan segera simpan gula yang tidak dikehendaki badan.

Semasa hamil,pankreas kita akan hasilkan insulin yang lebih bagi menampung keperluan ibu dan kandungannya. Jika insulin yang dihasilkan tidak mencukupi,badan ibu hamil akan terlebih gula dan terjadilah kencing manis semasa hamil.



diabeties ketika hamil



Kesan kencing manis kepada ibu hamil dan bayi .


Kencing manis semasa hamil mesti di kawal. Jika anda paras glukosa(gula) dalam darah tinggi, bayi di dalam kandungan akan memberi respon dengan menghasilkan lebih banyak insulin, di mana bayi anda membesar secara berlebihan di dalam rahi
m. Ibu -ibu berpotensi melahirkan bayi yang bersaiz besar.

Dalam sesetengah kes, ibu-ibu terpaksa melahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan. Kebanyakkan ibu-ibu yang menghidap kencing manis semasa hamil ini melahirkan secara pembedahan caesearean untuk mengelakkan bahu bayi tersangkut di pintu rahim akibat saiznya yang besar.

Bayi-bayi yang telah menghasilkan hormon insulin yang tinggi ini pula berisiko mendapat hipoglisemia(paras gula rendah) dan jaundis. 

Kajian menunjukkan dimasa akan datang bayi-bayi ini cenderung mendapat Diabeties tahap 2 dan obesiti.


Simptom penghidap kencing manis semasa hamil :-


1-Badan letih
2-Kerap dahaga di waktu malam
3-Banyak kencing
4-Pandangan jadi kabur


Saya amalkan diet pemakanan seimbang elakkan kencing manis semasa hamil.



kencing manis semasa hamil


Seingat saya, saya sangat menjaga pemakanan saya semasa hamil, dan sentiasa mengikut nasihat pemakanan dari doktor. Doktor sentiasa ingatkan saya supaya makan makanan yang rendah karbohidrat dan gula. Saya minum jus buah tanpa gula dan makan nasi dengan beras tanpa kanji. Saya tidak mengamalkan meminum jus buah yang dijual di supermaket kerana kandungan gulanya amat tinggi.
kencing manis semasa hamil

Saya juga mengamalkan Set Hamil Shaklee bagi mencegah gejala kencing manis semasa hamil. Dalam set ini terdapat ESP SHAKLEE yang menjadi minuman wajib untuk saya setiap hari. Bagi penghidap kencing manis semasa hamil atau kencing manis biasa, ESP adalah sumber diet terbaik kerana :-

1. Memberi tenaga ekstra pada ibu hamil.
2. Rendah kalori dan rendah INDEKS GLISEMIK (ini penting pada pesakit diebeties)

Indeks glisemik merupakan tahap pengukuran kualiti karbohidrat dalam sesuatu makanan, berdasarkan berapa cepat  50 gram karbohidrat itu menaikkan paras glukosa dalam darah.


indeks glisemik kencing manis semasa hamil


Selain itu, dalam Set Hamil Shaklee juga terdapat B COMPLEX SHAKLEE dimana bagi ibu hamil yang menghidap kencing manis, ianya :-
1. Membantu menukarkan gula kepada tenaga.
2. Membantu mengurangkan keletihan.
3. B Complex terlengkap kerana ada kesemua 8 jenis vitamin B dalam setiap pil.

Vitalea Shaklee pula mempunyai zinc yang dapat membantu penghasilan insulin, selain ia mempunyai 19 jenis vitamin dan mineral yang lengkap untuk menyokong kesihatan ibu hamil.

Saya juga mengambil Ostematrix Shaklee kerana tidak boleh menelan susu. Ostematrix memang terbaik sebab ianya hanya pil dan senang ditelan. Selain itu ia juga :-

1. Sumber magnesium (kurang magnesium dalam tubuh juga meningkatkan risiko kencing manis)
2. Gabungan Magnesium dan Kalsium yang lengkap bagi menyokong tumbesaran bayi dan kesihatan ibu.


Ambillah langkah bijak dengan menjaga pemakanan semasa hamil. Pengambilan sumber nutrisi yang lengkap sangat penting bagi ibu hamil dan kandungan. Elakkan dari memakan dengan diet yang tidak sihat. Kehamilan saya penuh bertenaga dan ceria bersama Shaklee. Tiada kencing manis kerana membuat persiapan yang baik untuk tubuh. Jika anda prihatin dengan kandungan anda, anda memang tidak silap memilih saya untuk memberi konsultansi kepada anda.

Usah runsing lagi. Bertindaklah dengan bijak. Saya sedia membantu anda.

Shaklee Independent Distributor yang sah : JULIANA BINTI MATSAH
COD within Kuantan area, dan penghantaran keseluruh dunia.
Whatsapp 0148222310 - 24 HOURS.