Tuesday, May 27, 2014

VITAMIN C SEMASA HAMIL | MASA PREGNANT MAMA MAKIN CANTIK DAN SIHAT ???





Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Sepanjang kehamilan, anda semua pasti dibekalkan dengan vitamin oleh doktor.Kalau perasan salah satunye kaler light oren..itula Vitamin C ye.


KEBAIKAN PENGAMBILAN VITAMIN C SEMASA HAMIL

√ Vitamin C atau ascorbic acid amat penting untuk baikpulih tisu dalam badan,penyembuhan luka dan parut,tumbesaran tulang dan kulit yang sihat.
√ Pengambilan secara konsiten boleh mengelakkan strechmark yang melampau pada kulit.KLIK SINI UNTUK TIPS ATASI STRECHMARK KETIKA HAMIL.
√ Vitamin C membantu badan ibu hamil melawan jangkitan penyakit dan ia antioksida dimana ia mampu melundungi sel tubuh dari rosak.
√ Vitamin C juga tolong tubuh serap iron.Ramai ibu hamil yang mengalami Hb rendah atau Anemia ketika hamil.Ia disebabkan kekurangan iron di dalam tubuh.KLIK SINI UNTUK BACA LANJUT TENTANG ANEMIA SDMASA HAMIL. Jadi anda digalakkan memakan makanan yg kaya zat besi bersama-sama sumber makanan yang juga kaya dengan Vitamin C agar badan dapat serap iron secukupnya daripada makanan itu.


>>>>KEPERLUAN VITAMIN C WANITA HAMIL

Wanita hamil umur 18 tahun  ke atas - 85 mg/sehari.



SUMBER VITAMIN C. MANE NAK DAPAT????



√ Dari sumber makanan.Contohnya Jus oren,anggur,kiwi,sayur-sayuran,cereal..

TIPS : Vitamin C akan termusnah dengan haba yang tinggi.Jadi lebih baik makan makanan yang segar.Contohnye tomato elok di makan mentah. Sayur pun digoreng separuh mentah bagi mengekalkan khasiatnye.

√ Makan supplement SHAKLEE. Senang ni..dalam bentuk pil.Shaklee ada keluarkan dua jenis..yang chewable dan yang telan terus. Boleh ambil mane2 satu ikut bajet mommy ye.

- Chewable Vita-C Plus (100 mg/ 90 biji) KLIK SINI
- Sustained Release Vita C Plus (500 mg/180 biji)KLIK SINI

Vitamin C ni ada dalam SET KEHAMILAN SHAKLEE---KLIK SINI.


Kini anda dah tahu kepentingannya.Plus anda akan dapat pulak lain-lain side effect.Shaklee ni sangat best..hihi tubuh sihat+baby sihat+kulit mama jadi cantik.

Hubungi saya segera..saya akan memberi konsultansi percuma untuk anda.

Juliana Matsah
Pengedar Sah Shaklee Kuantan
Call/whatsapp/sms
0176937404

COD AREA KUANTAN




Wednesday, May 21, 2014

PETUA NAIKKAN HB SEMASA MENGANDUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 


Anda hamil dan penghidap Anemia? Mengikut pengalaman saya sendiri ia masih boleh diikhtiarkan..Anemia ni penyakit kekurangan zat besi. KLIK SINI untuk ANEMIA SEMASA MENGANDUNG.Macam-macam petua nak naikkan HB masa mengandung. Pemakanan kita semasa hamil beri pengaruh besar pada turun naiknya HB darah kita.Layan gambar kat bawah ni..

Sangat senang nak dapat sumber-sumber makanan ni. Tapi kalau masak tu jangan sampai layu..Hilang khasiatnye memang tak guna walau makan sebakul pun. Macam tomato tu makan mentah aje pun ok :-)

2-Ikan bilis pun tinggi zat besi. Buang dulu tahi dan kepalanya.Basuh bersih..Goreng dan buat lauk. Jadikan snek pun ok gak..you all boleh sira dengan lada..

3-Ambil hidangan berasaskan daging, tapi jangan berlebihan.

4-Doktor akan sarankan pil Zat Besi. JANGAN ambil minuman atau makanan berkaffein seperti kopi, teh, nescafe, air gas. Badan akan sukar menyerap sumber zat besi. 

5- Minum apa-apa jus dan makanan yang tinggi Vitamin C semasa sedang mengambil makanan yang tinggi zat besi. Vitamin C membantu menyerap Zat Besi dalam makanan. Contohnya jus oren dan jus buah naga. Saya tak beli..buat je sendiri :-)

6- Makanlah SET KEHAMILAN SHAKLEE. Ia sumber vitamin yang lengkap dan terbaik untuk kehamilan anda. Terdiri dari BASIC SET iaitu Vitamin C (serap zat besi),Vitalea (ada formula zat besi),B Complex (bantu masalah Anemia dan elak stress),Osteomatrix (pil kalsium - tak perlu minum susu).Saya suka sangat set ni..Telan je..tak susah. Pelanggan-pelanggan yang bermasalah HB memang puas hati..sebab HB meningkat lepas cuba set ni. selain itu..jangan la terkejut dengan side effect SET KEHAMILAN SHAKLEE ni.Kulit cantik,ibu gembira, strech mark kurang atau tiada langsung. 

Dapatkan dari saya beserta konsultasi dan jadual pemakanan PERCUMA.


Pengedar Sah Shaklee Kuantan
COD Kuantan
SMS/CALL/WHATSAPP 0176937404
fb : Juliana Matsah


ANEMIA SEMASA MENGANDUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!!!




Anemia adalah antara penyakit biasa semasa mengandung. Bagi yang tak tau, Anemia adalah penyakit kekurangan zat besi. Kat sini saya nak fokuskan anemia semasa mengandung.

Sebelum hamil, badan kita perlu mengambil 15 mg zat besi sehari . Semasa hamil, 30 mg zat besi diperlukan. Zat besi ni digunakan untuk menjana hemoglobin (sel darah merah) yang mencukupi untuk kita dan kandungan. Hemoglobin ni pulak kerjanya mengangkut Oksigen dalam darah. Kalau tak cukup bekalan Oksigen dalam darah, ibu-ibu yang hamil ni akan dapat Anemia. Bila hamil kita akan buat pemeriksaan darah secara berkala. Pemeriksaan ini akan menentukan tahap hemoglobin dalam badan kita. Anda adalah penghidap Anemia jika tahap hemoglobin (HB) anda kurang dari 11.0gm/dl.

KESAN ANEMIA SEMASA HAMIL



Apabila oksigen tidak cukup didalam badan, badan akan jadi penat dan mudah mengantuk. Hingga ke tahap yang serius terdapat ibu hamil yang kerap pitam akibat kekurangan zat besi. Selain itu terdapat juga risiko uri lekat dan kelahiran bayi pra matang. Boleh  refer jadual kat atas tu, tinggi sangat kelahiran bayi pramatang di kalangan ibu yang menghidap Anemia.

BAGAIMANA ANEMIA SEMASA MENGANDUNG BOLEH TERJADI????

-Ibu mengamalkan diet rendah zat besi
-Ibu yang jarak kehamilannya rapat berisiko tinggi.
-Ibu yang mengandungkan kembar.
-Thalassaemia Alfa atau Thalassaemia Beta (KLIK SINI untuk baca lebih lanjut)

Anda nak tahu tips-tips untuk tambah HB? Saya dulu adalah salah seorang penghidap Anemia semasa hamil..boleh KLIK SINI untuk PETUA TAMBAH HB SEMASA MENGANDUNG.

Saya nak cadangkan juga anda cuba SET KEHAMILAN SHAKLEE. Ramai yang puas hati dengan kesannya. HB pun cantikkk :-)Kene cubala baru tau :-)

Boleh dapatkan dari saya.Saya akan consult anda secara percuma.Ni memang penting untuk keberkesan pengambilan produk.

Pengedar Sah Shaklee Kuantan
SMS/CALL/WHATSAPP 0176937404
fb : Juliana Matsah

Monday, May 12, 2014

TIPS HILANGKAN JERAGAT | SET D SHAKLEE SET KECANTIKAN TERBAIK


wajah berjeragat


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni nak kupas secara ringkas tentang jeragat kat muka. Ada yang call saya tanya tentang jeragat di mukanya. Ada sedikit tips menghilangkan jeragat dimuka.


Sebab musabab ia terjadi


1)Sering terdedah kepada cahaya matahari terik

2)Penggunaan hormon (eg: Pil perancang)
3)Penggunaan kosmetik / rawatan kulit yang tidak sesuai.
4)Keturunan

Ia biasanya terjadi pada wanita Asia berumur 20 ke 50 tahun.


Ada beberapa vitamin Shaklee yang boleh anda amalkan untuk ikhtiar menghilangkan jeragat di muka. Set ini juga ternyata berkesan kerana ia merawat dari dalam. 



SET JERAGAT SHAKLEE aka SET D




Set ni untuk masalah kulit yang berjerawat pun boleh makan set ni. Rata -rata pengguna nampak kesan pemakaian dalam masa tidak sampai sebulan!!

1)Vitamin C - Badan kita tidak boleh menghasilkan kolagen dengan sendiri. Vitamin C diperlukan untuk pembentukan kolagen.


2)Vitamin E - Membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit.


3) B - Complex - Membantu mendapatkan tona warna kulit yang sekata. Mengawal stress dan seri naik ke wajah !


4) Energizing Soy Protein - Mengurangkan kesan hitam akibat jeragat. Ia kaya dengan protein..Protein ni umpama makanan untuk kulit. Ia membantu pembentukan sel-sel kulit yang baru..owesome :-) 


Yang no.5 ni add onn ye..amat digalakkan.


5)GLA - Berfungsi menstabilkan hormon dalaman.


Lihat testimoni dalam gambar kat BAWAH..dia pakai set D dangan tambahan GLA..sebab ia menstabilkan hormon dalaman. Jeragat dan jerawat jadi makin kurang dengan kadar waktu yang singkat.





Jadi jangan anda risau. Setiap penyakit ada penyelesaiannya. Usaha dan berdoa..insyaallah..


CALL/SMS/WHATSAPP


0148222310


JULIANA MATSAH


COD AREA KUANTAN





Sunday, May 11, 2014

CARA MAKAN SET KEHAMILAN SHAKLEE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ni nak kongsi cara makan SET KEHAMILAN SHAKLEE..ia amat lah mudah.


SET KEHAMILAN SHAKLEE

Ini caranya ye :-

*Lepas (SARAPAN) - ESP& VITALEA

*Lepas (MAKAN TENGAHARI) - B COMPLEX, VITAMIN C DAN OMEGA

*Lepas (MAKAN MALAM)-OSTEOMATRIX

Saya memang suggest sangat makan Osteomatrix waktu malam. Penyerapan Kalsium bergantung kepada berapa kerap kita buang air kecil. Waktu malam kita kurang ke tandas. Tubuh lebih mudah serap banyak Kalsium :-)


Oh ya, kalau dah makan Vitalea, anda tak perlu lagi makan supplement lain seperti OBIMIN dan yang hospital supply. Ia sudah mencukupi untuk anda. Kalau anda ada minum segelas susu (200 ml) sebelum tidur, sudah memadai makan hanya 2 biji pil Osteomatrix. Ia sudah cukup untuk keperluan Kalsium anda ye. Nak tahu berapa banyak Kalsium yang anda perlukan?KLIK SINI.

Ok, nak tunjuk gak semula set kehamilan Shaklee.

Ini yang Basic. Disyorkan untuk peringkat trimester pertama.
SET KEHAMILAN SHAKLEE



Kemudian ini Set kehamilan Shaklee Premium. Ia disyorkan untuk peringkat Trimester ke dua dan ke tiga. Terdapat add onn OmegaGuard dan Energizing Soy Protein (ESP).
SET KEHAMILAN SHAKLEE



Nak tahu dengan lebih jelas tentang kedua-dua set ni boleh KLIK SINI. Istiqamah lah dalam mengambil supplement ini. Saya sendiri sangat berpuas hati dengan pengalaman hamil ditemani Shaklee. Jika kita fikirkan yang baik, maka Allah akan beri yang terbaik, insyaallah.

WHATSAPP

JULIANA MATSAH

0148222310

COD AREA KUANTAN

Thursday, May 8, 2014

MEAL SHAKES SHAKLEE UNTUK KANAK-KANAK | MEAL SHAKES SHAKLEE TAHAN BERAPA LAMA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Bulan Mei ini promosi Meal Shakes..ni la peluang anda nak beli buat stok. Beli 6 percuma 1 canister. PERCUMA tuu..Kalau bijak boleh la tong-tong dengan kawan-kawan :-)

Meal Shakes adalah antara produk paling awal yang saya cuba. Saya bagi kat Sofiya dan Dina. Ini la rupanya Meal Shakes tu.


Sebagai ibu saya perasan dan rasa bertanggungjawab dengan pemakanan anak-anak. Saya pasti korang juga ada masalah macam ni :-

  • Time makan je anak-anak mula lari-lari. Muka monyok kat meja makan. Bila di suap pun tak banyak yang mereka makan.

  • Bila makanan ruji tak di makan sempurna, mula la diorang lapar. Junkfood pulak jadi pengganti. Oh this is totally wrong!!!  :-(

  • Sebab risau anak kelaparan kita terpaksa ikut pulak apa yang mereka minta.."I WANT DONUTS, I WANT MC DONALD..KFC..BURGER..BLA BLA BLA"

  • Makan burger..tapi di asing pulak salad yang ada dalam burger. Mommies pulak jadi tukang asing sayur.

Saya akhirnya beli Meal Shakes ni lepas Google2 petua tambah selera anak. Belum pun jadi ahli masa tu...dan saya JATUH CINTA!!Saya ada mengomel..ehh dah pakai sebulan macam nampak tak luak hehe.

Mula-mula sangat risau dengan rasanya.Ialah anak kita bukan jenis yang senang nk makan. Rupanya tak susah. Saya shake dalam susu coklat Dina and susu formula Sofiya. Bila cubit sikit and rasa..memang sedap you.Rasa Vanilla Ice Cream. Saya amat teruja sebab hanya 1/2 sudu kecil setiap hari dan ianya 100% natural Ingredient.Dalam masa kurang sebulan saya dah nampak perubahan ketara. Dina yang bukan aje kuat makan..eczemanya juga surut sangat. Sofiya juga sebelum ni tak makan nasi. Kalau la ni memang tak payah ajak ye. Dia minta sendiri. Punya la banyak makan..lega sangat ok (cewahh ini testimoni diri sendiri la kan)

Apa yang saya nak highlightkan adalah..

KEBAIKAN MEAL SHAKES UNTUK KANAK-KANAK

  • Nutrisi lengkap -  menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.
  • Kaya dengan protin - bila Meal Shakes di campur dengan 1 cup susu tepung, ia menghasilkan lebih kurang 15 grams protin. Woww..lagi satu, sumber protin dalam Meal Shakes adalah dari nonfat dry milk.
  • Protin ini membantu pembinaan sel-sel kulit,kuku,rambut,organ,darah,imun, dan lain-lain.
  • Membantu tumbesaran anak-anak - mengandungi asid folik,biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
  • Anti-oksida - Mengandungi vitamin A,C,E, Zink, selenium. Ni semua agen antioksida untuk lawan penyakit dan penuaan.
  • Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.Klik sini untuk baca lanjut tentang ANAK SEMBELIT.
  • Tiada pewarna tiruan.
Sangat mudah nak prepare, harganya sangat berbaloi dan tengok sajela nanti apa kebaikan yang anak anda dapat. Jangan terkejut pulak kalau selera anak makin meriah hihihi.

Yang kat bawah ni testimoni puan-puan yang sangat berpuas hati ye. Sebenarnye beribu-ribu lemon ade..tapi saya tunjuk tiga ni la ye :-)





Dapatkan dari saya beserta free consultation dan tips. Boleh beli murah..join saje ahli.banyak juga beza harga. Jadi ahli cuma RM 65.00 SEUMUR HIDUP. Beli tak rugi, bonus dapat. Badan pun sihat!!

Shaklee Independent Distributor yang sah : JULIANA BINTI MATSAH
COD within Kuantan area, dan penghantaran keseluruh dunia.
Whatsapp 0148222310 - 24 HOURS.

LOYA SEMASA MENGANDUNG | PETUA HILANGKAN LOYA KETIKA HAMIL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Bagi permasalahan ini, bukan terjadi pada semua orang. Ade yang mengalami simptom yang dinamakan Morning Sickness ini semasa trimester pertama hamil. Ade yang berlarutan hingga trimester ke tiga. Sabar la dengan dugaan ini..ia pengalaman. Tapi boleh jadi juga fobia untuk yang tahap melepek dan lembik. Sampai kene ambik mc yang lama, warded, cuti tak bergaji pun ade.




Pengalaman saya yg pertama dulu memang saya loya dan muntah-muntah sampai trimester ke 3. Oh ini tandanya Allah sayang kita..betul kan? Ini yang saya buat saat saya loya-loya dulu.


1)Elak dari punca loya. Contohnye saya loya sangat dengan ayam. Jadi saya memang jauhkan dari apa2 masakkan ayam.
2)Badan memang lembik. Jadi nasihat doktor makanlah sikit-sikit.Ikut keupayaan mulut. TAPI DENGAN KERAP. Saya makan biskut lemak..ala yg brand Hup Seng tu hihi. Sekeping..sekeping. Elakla dari makan asam-asam. Tinggi pengawet  dan tinggi kandungan gula.Nanti jd hal lain pulak.
3)Sapu minyak angin. Jangan sapu kat perot pulak ye..
4)Boleh cuba yang ni..Shaklee ade vitamin yang membantu masalah ni.Peppermint - Ginger Plus Shaklee untuk wanita mengandung yang loya.Dari makan asam, baik makan yang ni. Dahla manfaat berganda-ganda. Jangan terkejut pulak nanti ye. Anda memang jadi susah nak demam. Buang air pun lancar je.
Nak tahu detailed tentang peppermint Ginger Plus? Jom baca KAT SINI.





SMS/WHATSAPP/WE CHAT
JULIANA MATSAH
0176937404
EJEN SHAKLEE KUANTAN




PEPPERMINT- GINGER PLUS DARI SHAKLEE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya nak cerita tentang si kecil molek yang sangat-sangat best ni. Kacil-kecil cili padi kan..

PEPPERMINT-GINGER PLUS 



Boleh amalkan ia and boleh kata ia best friend perut kita. Bila dalam bentuk pil ni senang..telan aje. Dah sekarang ni ramai yang berkerja. Tak sempat nak tumbuk-tumbuk, rebus-rebus ke ape. Lagi pun ia kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur. Sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya,gastrik,mabuk laut,sendawa dan penghadaman. Recommended sangat-sangat untuk ibu HAMIL yang LOYA-LOYA..

Bahan utama 

  • Daun Pudina
  • Halia
  • Adas
  • Cekur Manis

Jom kita jelajah satu-satu..

PUDINA
-Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang.
-Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat
-Membantu melegakan kesakitan GASTRIK, PEDIH HULU HATI, CIRIT BIRIT
-Meransang pengeluaran peluh, jadi ia mampu menyekat DEMAM apabila seseorang dijangkiti SELSEMA.

HALIA
-Meransang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan.
-Melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan MUAL ANGIN ketika hamil dan semasa berpantang.
**Satu kajian di UK menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita. Selain itu, dalam kajian lain halia terbukti berkesan dalam merawat/mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/pengembaraan.

ADAS (fennal)
**orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut.
-Melegakan SAKIT PERUT, GEJALA SELSEMA.
-Membantu dalam masalah elergi pada saluran usus.

CEKUR MANIS (anise)
-Melegakan masalah pencernaan dan gejala sakit semasa haid, batuk, dan kahak.
-Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa.


Haa.. banyak manfaatnye kan. Shaklee dah buat senang-senang kita telan je. Jom dapatkan dari saya..hanya RM 45.00 sebotol. 90 biji dapat...ambikkk..hehe. Dapat free consultation lagi dari saya.FREE tau..


SMS/WHATSAPP/WE CHAT
JULIANA MATSAH
0176937404
EJEN SHAKLEE KUANTAN



Monday, May 5, 2014

TIPS TAMBAH SUSU BADAN




Assalamualaikum semua..semoga ceria-ceria semuanya.

Tahniah untuk anda..sebab anda memang bertuah. Diizinkan Allah untuk memberi susu badan pada bayi anda. Tak kurang juga pada mommies to be kan. Atleast anda dah ada niat murni..nak menyusukan bayi anda. Itulah yang terbaik!!!

Di sini saya nak bagi tips tambah susu badan. Semoga ilmu ini bermanfaat buat anda dan juga saya :-)

1) MAKANAN TINGGI IRON
Dari sumber http://healthyeating.sfgate.com/things-eat-stimulate-mothers-milk-3024.html makanan yang tinggi kandungan Iron boleh menambah supply susu badan. Wanita yang breastfeed baby memerlukan 9 mg Iron sehari (umur 19 tahun ke atas). Menurut Kelly Bonyata, pakar penyusuan terkemuka, terdapat kajian mengenai hal ini. Ibu-ibu yang memakan OATMEAL didapati mempunyai bekalan susu yang lebih tinggi kerana Oatmeal adalah makanan yang tinggi Iron. So, boleh la cuba.

2) RELAX LA..
 Emosi yang baik juga mempengaruhi susu badan. Emosi ibu yang gembira dan stabil boleh melancarkan penyusuan. Saya sangat suggest B-COMPLEX dari Shaklee. Ia amat membantu meringankan stress anda. Ramai sangat yang dah jatuh cinta dengannya..

3) PETUA ORANG DULU-DULU 
Amalkan makan lobak putih. Memang agak pahit..boleh buat sup. Ini cara orang-orang lama. Saya dah cuba dan hasilnya Alhamdulillah!!!Bidan yang mengurut saya di kampung juga pesan, minum air milo.Nanti susu badan banyak. Saya tak pasti apa penyebabnya..tapi memang betul..hehe

4) KEKERAPAN PENYUSUAN
Lebih kerap menyusukan anak, maka lebih banyak susu akan terhasil. Penyusuan 10 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang akan menghasilkan lebih banyak susu.

5) MINUM AIR SECUKUPNYA
Minum air sekurang-kurangnya 3 Liter sehari. Minumlah air yang berkhasiat untuk tubuh..boleh je nak minum jus, susu, dan yang penting...AIR KOSONG yang dimasak.

6) VITAMIN SHAKLEE
Perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah cara untuk membanyakkan susu ibu. Vitamin berfungsi untuk memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria, dan terus bersemangat. Mood yang amat baik ini boleh melancarkan bekalan susu ibu. Tanya aje pada ibu-ibu berpengalaman, bila badan tak sihat contohnya demam, supply susu ibu memang akan menurun amat-amat. Jadi jom tengok vitamin Shaklee yang sesuai untuk ibu menyusu..

SET IBU MENYUSU SHAKLEE


set menyusu shaklee

VITALEA @ MULTIVITAMIN WITH IRON
Untuk memastikan keperluan vitamin dan galian harian dipenuhi. Pada masa kini, pengambilan makanan seharian tidak dapat memenuhi keperluan zat dan vitamin yang diperlukan tubuh. Apa uniknya Vitalea Shaklee ini? Ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

B-COMPLEX
Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus dan emosi lebih stabil. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

VITAMIN C
Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan meningkatkan kandungan antibodi dalam susu ibu. Meningkatkan kadar penyerapan zat besi dalam tubuh.

ALFALFA - -milkbooster :-)
Si Raja Herba, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu.Meningkatkan khasiat dalam susu ibu kerana Alfalfa mempunyai 1001 khasiat . Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih berlemak.

OSTEMATRIX/KALSIUM
 Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari simpanan tubuh ibu.
Jika kalsium ini tidak digantikan maka ibu akan mengalami risiko osteoporosis, sakit kaki dan belakang, mudah letih dan lesu. Sesetengah ibu akan mengalami kerunduman susu semasa haid, dan ini adalah kerana ibu kekurangan kalsium.

ESP – SOY PROTEIN ISOLATE POWDER
Komposisi vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Protein juga diperlukan untuk membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. Pengambilan ESP dapat memekatkan susu ibu. Selain itu dapat membantu menahan rasa lapar kerana ibu menyusu akan kerap berasa lapar dan memberi tenaga berterusan.

Terdapat juga Set menyusu bajet Shaklee. Set yang saya sebut di atas adalah Set Ibu Menyusu Optimum Shaklee..

Hubungi saya untuk free consultation,free jadual penyusuan,free tips dan petua penyusuan..Anda berhak membeli mengikut bajet anda :-)

sms/whatsapp/we chat
0176937404
Juliana Matsah
Ejen Shaklee Kuantan