Tuesday, October 20, 2015

5 Tips Mudah Bagi Makan Ubat Pada Anak Supaya Cepat Sembuh.

Memberi anak makan ubat akan jadi sukar bagi sesetengah orang. Jom baca sedikit perkongsian saya mengenai tips mudah memberi anak makan ubat. Ia adalah pengalaman saya sendiri.

1. Jangan tunjuk pada anak botol ubat. Ia boleh menakutkan mereka.

2. Ambil ubat menggunakan picagari. Ia lebih mudah kerana boleh meminimakan ubat mengalir atas lidah anak. Ia juga memberi kita kemudahan untuk menyukat ubatan yang diperlukan.

3. Bagi anak saya yang berusia setahun, saya akan menyanyi untuk mengalih perhatiannya.Tiada langsung pegangan keras, malah saya membelainya agar si kecil dalam kondisi yang amat senang.

4. saya akan berpura- pura merasa ubat tersebut dan membuat mimik muka gembira sambil mulut memuji kesedapan ubat. Kemudian halakan pada mulut bayi seolah- olah giliran dia merasa pula. Tekan picagari perlahan- lahan ke arah belakang lidah..dan SIAP!!! Puji lah si anak walau umurnya sdtahun jagung..kerana mereka memahaminya.

5. Trick bagi makan ubat pada anak 2 tahun ke atas, saya pernah guna ais kiub. Caranya buat air berperisa (apa sahaja asalkan bukan tenusu). Isi dalam acuan silicon yang comel. Bila tiba masa makan ubat, bagi pada anak untuk hisap. Trick ini bertujuan untuk memberi rasa kebas pada lidah anak. Jangan lupa kata kan pada anak, 1 ais krim untuk 1 kali makan ubat. Setelah anak habis makan ais kiub tadi bolehlah beri mereka ubat menggunakan picagari.



Mudah je kan..Alhamdulillah anak-anak saya sangat mudah faham semua tips di atas kerana saya latih sejak kecil lagi. Ingat, jangan guna paksaan kerana anak lebih memberontak. Kemungkinan ubat untuk di luah keluar pun tinggi. Selamat mencuba untuk semua.



Shaklee Independent Distributor yang sah : JULIANA BINTI MATSAH
COD within Kuantan area, dan penghantaran keseluruh dunia. Buat temujanji dengan saya, saya sedia memberi perkhidmatan terbaik dan konsultansi berterusan.
Whatsapp 0148222310 - 24 HOURS.


Wednesday, October 14, 2015

Tips Berpantang Sendiri Agar Ibu Tidak Stress




Zaman sekarang ramai antara kita yang merantau mencari rezeki. Bila berumahtangga dan bersalin ada yang kena berpantang sendiri tanpa pemantauan keluarga. Berpantang sendiri bukanlah isu yang rumit jika kita membuat persiapan awal untuk menghadapinya.

Tenanglah, ia sebenarnya memberi kita privasi yang eksklusif bersama 'orang baru'. Pada kali ini SV akan kongsi tips yang boleh pembaca guna pakai ketika berpantang sendiri. Manalah tahu suatu hari nanti anda akan merasa berpantang sendiri pula.

1. Membeli keperluan asas berpantang
Ini sangat penting dilakukan sebelum bersalin. Antara yang perlu di beli adalah tuala wanita (beli tuala wanita jenis self adhesive, lebih praktikal) dan Stokin yang mencukupi serta baju lengan panjang untuk mengelakkan badan dimasuki angin semasa berpantang. 

2. Set Berpantang yang praktikal - iaitu set berpantang yang tidak memerlukan anda duduk bangun dengan kerap. Saya semestinya memilih Set Berpantang Shaklee kerana ia sangat mudah dan semulajadi. Saya optimis dalam memastikan tubuh mendapat nutrisi yang mencukupi walau dalam berpantang. Saya kira semasa berpantang tenaga adalah suatu elemen penting bagi setiap ibu. Dengan Shaklee saya dapat tenaga yang opimum dan badan sentiasa segar.

3. Sokongan dari Suami

Bila berpantang sendiri, anda hanya bersama si suami. Minta tolong suami untuk sediakan air mandian anda dan juga bayi. Begitu juga hal ehwal memasak, dan bertungku Anda perlu memberitahu suami jenis-jenis makanan yang boleh di makan dan yang perlu dielakkan. Anda perlu elakkan memakan makanan yang boleh menaikkan radang pada luka jahitan, contohnya seperti makanan laut. Pendedahan ini perlu ditekan seawal kehamilan lagi.

4. Pastikan tempat berehat dan tidur anda dekat dengan tandas. Begitu juga dengan keperluan bayi, letak di dalam bakul berdekatan dengan anda untuk memudahkan anda mengurus bayi. 'Wet tissue' atau tisu basah sangat penting untuk memudahkan anda mencuci bayi yang kerap membuang najis di awal kelahirannya.

5. Anda jangan lupa memakai bengkung walaupun berpantang sendiri. Bengkung membantu membentuk semula tubuh. Sekarang ada berbagai jenis bengkung. Saya masih memilih untuk memakai bengkung kereta, iaitu sejenis bengkung orang dulu-dulu yang sangat panjang. Bersalin melalui pembedahan juga perlu memakai bengkung khas. Pilih bengkung yang anda mampu pakai sendiri.

Jadi, berpantang sendiri bukan suatu isu yang besar. Anda perlu membuat persiapan awal bersama suami. Bertanya pada yang arif tentang hal ehwal makanan hinggalah ke penjagaan bayi. Anda punya masa berehat yang lebih jika berpantang sendiri kerana ada antara orang tua yang tidak membenarkan ibu berpantang banyak tidur (ini disebabkan mengikut budaya  mereka). Seeloknya berehatlah secukupnya. Allah menjadikan bayi baru lahir itu dengan tidur yang lama pasti bersebab..bolehlah ibu berehat bagi memulihkan tenaga mereka.