Monday, February 15, 2016

TERLEBIH MINUM AIR MEROSAKKAN BUAH PINGGANG




Ramai yang kata minum air dalam kuantiti yang banyak adalah baik untuk badan. Tahukah anda, anda perlu meminum air mengikut keperluan badan sahaja. Ramai yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya terlebih minum air dari keperluan badan kita.

Jom saya kupas satu-satu. Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. Sistem peredaran darah dalam badan kita adalah tertutup. Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda.

Buah pinggang pula perlu bekerja lebih keras untuk menapis air yang berlebihan keluar dari sistem peredaran darah dalam badan anda.Sistem penapisan pada buah pinggang terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yang di kenali sebagai glomeruli. Tengok gambar kat bawah ni : 

Glomeruli sangat kecil

Tugas glomeruli ialah menukar darah kepada bentuk urine (air kencing). Jika kita samakan buah pinggang seperti paip di rumah, dimana semakin banyak air melaluinya semakin bersih keadaan paip itu, ia adalh silap sama sekali. Bila buah pinggang menapis air yang terlalu berlebihan dengan kerap, Glomeruli boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran. Maka buah pinggang anda mula bermasalah atau pun ia dipanggil kerosakan buah pinggang.

Saya banyak mendapat pelanggan yang mempunyai masalah penapis buah pinggang bocor (Nephrotic Syndrome) aka Glomeruli bocor. Salah satu sebabnya adalah seperti yang saya nyatakan tadi, ia haus akibat geseran  akibat air dalam badan yang berlebihan.

Selain itu, minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan cecair dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak mengembang. Kesannya adalh sakit kepala,mual,muntah-muntah, dan boleh membawa maut.

Berapa Jumlah Air Yang Optimum Untuk Kesihatan Yang Baik

Ia bergantung kepada situasi masing-masing termasuk faktor pemakanan harian anda,aktiviti fizikal dan juga persekitaran. Ingat, anda hanya perlukan cecair yang cukup untuk menggantikan apa yang hilang dari tubuh anda iaitu semasa berpeluh, urine, pernafasan, dan proses tubuh yang lain.

Secara puratanya kita memerlukan 8- 10 gelas sehari. Jika anda banyak memakan makanan yang tinggi cecair dan buah-buahan berserat tinggi yang padanya terdapat 4 cawan cecair, anda perlu minum 4-6 gelas sahaja. Jika pengambilan garam dan rempah ratus tinggi, anda perlu minum 8- 10 gelas. Jika anda kuat berpeluh disebabkan senaman atau pun cuaca yang panas, anda perlu minum air yang secukupnya. Jika anda telah minum 8-10 gelas tetapi masih dahaga, anda perlu minum dengan lebih banyak. Ia berbeza untuk setiap orang.





No comments:

Post a Comment