Wednesday, October 14, 2015

Tips Berpantang Sendiri Agar Ibu Tidak Stress




Zaman sekarang ramai antara kita yang merantau mencari rezeki. Bila berumahtangga dan bersalin ada yang kena berpantang sendiri tanpa pemantauan keluarga. Berpantang sendiri bukanlah isu yang rumit jika kita membuat persiapan awal untuk menghadapinya.

Tenanglah, ia sebenarnya memberi kita privasi yang eksklusif bersama 'orang baru'. Pada kali ini SV akan kongsi tips yang boleh pembaca guna pakai ketika berpantang sendiri. Manalah tahu suatu hari nanti anda akan merasa berpantang sendiri pula.

1. Membeli keperluan asas berpantang
Ini sangat penting dilakukan sebelum bersalin. Antara yang perlu di beli adalah tuala wanita (beli tuala wanita jenis self adhesive, lebih praktikal) dan Stokin yang mencukupi serta baju lengan panjang untuk mengelakkan badan dimasuki angin semasa berpantang. 

2. Set Berpantang yang praktikal - iaitu set berpantang yang tidak memerlukan anda duduk bangun dengan kerap. Saya semestinya memilih Set Berpantang Shaklee kerana ia sangat mudah dan semulajadi. Saya optimis dalam memastikan tubuh mendapat nutrisi yang mencukupi walau dalam berpantang. Saya kira semasa berpantang tenaga adalah suatu elemen penting bagi setiap ibu. Dengan Shaklee saya dapat tenaga yang opimum dan badan sentiasa segar.

3. Sokongan dari Suami

Bila berpantang sendiri, anda hanya bersama si suami. Minta tolong suami untuk sediakan air mandian anda dan juga bayi. Begitu juga hal ehwal memasak, dan bertungku Anda perlu memberitahu suami jenis-jenis makanan yang boleh di makan dan yang perlu dielakkan. Anda perlu elakkan memakan makanan yang boleh menaikkan radang pada luka jahitan, contohnya seperti makanan laut. Pendedahan ini perlu ditekan seawal kehamilan lagi.

4. Pastikan tempat berehat dan tidur anda dekat dengan tandas. Begitu juga dengan keperluan bayi, letak di dalam bakul berdekatan dengan anda untuk memudahkan anda mengurus bayi. 'Wet tissue' atau tisu basah sangat penting untuk memudahkan anda mencuci bayi yang kerap membuang najis di awal kelahirannya.

5. Anda jangan lupa memakai bengkung walaupun berpantang sendiri. Bengkung membantu membentuk semula tubuh. Sekarang ada berbagai jenis bengkung. Saya masih memilih untuk memakai bengkung kereta, iaitu sejenis bengkung orang dulu-dulu yang sangat panjang. Bersalin melalui pembedahan juga perlu memakai bengkung khas. Pilih bengkung yang anda mampu pakai sendiri.

Jadi, berpantang sendiri bukan suatu isu yang besar. Anda perlu membuat persiapan awal bersama suami. Bertanya pada yang arif tentang hal ehwal makanan hinggalah ke penjagaan bayi. Anda punya masa berehat yang lebih jika berpantang sendiri kerana ada antara orang tua yang tidak membenarkan ibu berpantang banyak tidur (ini disebabkan mengikut budaya  mereka). Seeloknya berehatlah secukupnya. Allah menjadikan bayi baru lahir itu dengan tidur yang lama pasti bersebab..bolehlah ibu berehat bagi memulihkan tenaga mereka. 






No comments:

Post a Comment