Saturday, December 12, 2015

Buah Pinggang Yang Rosak Boleh Sembuh?

Anda mungkin merasa tubuh sentiasa sihat, lantas anda tidak pernah melakukan pemeriksaan kesihatan. Namun awas, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dapat dirasai.

Saat anda merasa simptom-simptomnya, penyakit ini telah pun melarat ke peringkat yang kronik. Begitulah ceritanya dengan penghidap buah pinggang. Seorang sahabat saya yang aktif dan luaran nampak sihat baru-baru ini telah disahkan menghidap sakit buah pinggang yang kronik iaitu di tahap 4.

Memang sukar nak percaya. Beliau ke hospital cuma nak dapatkan rawatan pergelangan kakinya kerap bengkak. Dia fikir mungkin dia terlalu kerja keras (berdiri lama). Tetapi doktor mengesahkan sebaliknya.

Anda perlu tahu tanda-tanda penyakit buah pinggang :

☢ Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
☢ Darah keluar bersama-sama air kencing.
☢ Perubahan pada kekerapan membuang air kecil dan kencing berbuih.
☢ Sakit belakang.
☢ Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
☢ Bengkak pada pergelangan kaki.
☢ Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi

Buah pinggang berfungsi untuk menapis darah, toksik, air berlebihan, dan sisa buangan dari badan. Jika ia rosak, pemindahan buah pinggang baru perlu dilakukan.

Anda juga perlu tahu punca penyakit buah pinggang :

1. Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang itu sendiri seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.

2. Diabetes: Kandungan paras gula di dalam darah yang tinggi lama-kelamaan akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.

3. Tekanan darah tinggi (hipertensi): situasi yang merujuk kepada tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang. 


Di Shaklee, kami mencadangkan pengambilan supplement Vivix sebagai makanan tambahan untuk pesakit buah pinggang. Vivix adalah anti oksida, dan mampu merawat DNA yang telah tercemar dek penyakit. Vivix merawat dari akar umbi!!lihat testimoni satu antara sejuta ni,


Hubungi saya Juliana Matsah SID Shaklee pro anda. Saya nak sangat bantu anda..kegembiraan anda adalah kegembiraan air mata buat saya. Semoga badan yang sihat boleh diguna pula untuk menambah modal insan dalam hidup orang lain.

0148222310

No comments:

Post a Comment