Assalamualaikum.
Masih lagi study mengenai alfalfa..tp kaitannya dengan g6pd. Memandangkan anakku yg bongsu born with it,,ya!!
Nanti akan dikongsi setelah dapat konklusi.
This morning saya tiba-tiba teringat tentang MH 17. Tragedi ini banyak beri kesan pada saya. Kita merenung..besarnya kuasa yang esa.Oh ya Allah..saya cinta pencipta saya itu!!
Saya tonton di Malaysia Hari Ini, isteri salah seorang mangsa iaitu allayarham Shaikh Mohd Noor-- yang nampak sangat tabah dan kuat walaupun mayat suaminya masih belum dijumpai ketika itu. Namun yang betul2 buat saya turut hiba, bila beliau menceritakan mimpi aneh suaminya beberapa minggu sebelum kejadian.
Beliau yang baru habis bertugas(juga bekerja sbgi pramugari MAS) dihubungi arwah Shaikh. Sayang mesti balik sekarang, ada perkara penting yang abang nk ceritakan.Beliau bergegas pulang. Apa yang diceritakan arwah Shaikh ialah mimpi anehnya melihat isterinya itu meninggal dunia,dan arwah juga bermimpi memandikan jenazah isterinya,mengkafankan..isterinya menangis dan berkata dia belum bersedia untuk itu kerana anak yg masih kecil. Arwah shaikh menenangkan isterinya dan berkata,, sayang tak perlu risau.Abang dah solat istikharah,solat hajat..abang dah minta Allah tukarkan semua itu dengan abang..sebab abang tau sayang lebih kuat untuk jaga zuriat kita.
Lihatlah kuasa Allah..dimakbulkan doa arwah. Allah sebaik perancang.
.
.
.
.
Al-fatihah.
No comments:
Post a Comment