Wednesday, September 9, 2015

SINDROM NAFAS ANAK TERHENTI TIBA-TIBA | BREATH HOLDING SPELLS




Entry kali ini menceritakan pengalaman saya mepunyai anak lelaki yang dari lahirnya menghidap Breath Holding Spells. Ammar Zafran kini sudah berusia setahun.


Sejak lahir saya terperasan sesuatu pada Ammar. Apabila dia menangis mukanya bertukar menjadi biru serta merta. Semasa di wad bersalin, saya turut bertanya kepada doktor tentang itu tetapi doktor nampaknya kurang arif dan dia tidak pasti kenapa Ammar begitu. Kata doktor, biasalah..itu mungkin tabiat bayi sahaja. Semasa itu saya masih tidak memahami mengapa muka bayi saya sering bertukar biru dan kadang-kadang ungu apabila menangis. Ammar juga tidak menangis seperti bayi lain yang berulangkali menguwek. Ammar hanya menjerit sedikit dan suaranya terus tenggelam tak kedengaran langsung.


Kejadian ini berlarutan hingga Ammar berumur 6 bulan..di mana apabila menangis, selain muka membiru, badannya juga akan kekejangan dan Ammar kemudiannya akan terus tidak sedarkan diri beberapa saat. Hati ibu mana tak runsing.


Semasa bercuti di kampung, kejadian sama berulang-ulang terjadi (dah jadi rutin Ammar) sehinggalah ia terjadi di depan kakak sulung saya. Dia terus meniup muka Ammar yang kebiruan dan menepuk tapak kaki Ammar.Ohh baru la Ammar cepat tersedar dari pengsannya. Kakak saya yang bagitau tentang Breath Holding Spells sebab kebetulan di Saudi terdapat seorang pesakitnya yang menghidap BHS pada tahap yang lebih kritikal.

ORANG TUA MENGANGGAP IA SEBAGAI SAMPUK

Saya amat berharap jika ada ibu-ibu yang mengalami pengalaman sama, tidak mempercayai ia sebagai sampuk :-) Setelah tahu tentang BHS, ibu-bapa yang anaknya BHS wajib mengkaji bila sindrom ini akan menyerang si anak.


Lihat gambar di atas, baru saya perasan memang betul sindrom ini akan terus menyerang apabila Ammar :-
1) Terlalu marah
2) Terkejut (seperti terjatuh ketika bermain, bunyi bersin tiba-tiba)
3) Berasa terlalu sakit (contoh :terhantuk kepala)

Apabila BHS menyerang, saya akan terus menggunakan kaedah yang diajar kakak tadi iaitu tiup mukanya dan tepuk-tepuk tapak kakinya supaya dia sedar segera dan tiada kejadian tidak mengizinkan berlaku. Pada ketika itu si anak ini langsung tidak bernafas.

Sekarang pada usia setahun pun apabila terlalu marah, merajuk, terkejut,terjatuh atau terhantuk..BHS akan menyerang. Ia tidak boleh diubati melainkan ia akan beransur hilang sendiri ketika usia anak ini makin membesar.

Antara kejadian yang saya ingat, Ammar pernah berhenti nafas lama..puncanya masa Tok nak cium Ammar mukanye terkena spek mata Tok sikit je. Terus biru..hahaha

Baiklah, ini sekadar perkongsian.Mungkin ada ibu-ibu lain yang anaknya menunjukkan simptom yang sama. Boleh berjumpa Paed masing-masing untuk khidmat nasihat.






No comments:

Post a Comment